Lebih Artikel

Saturday, March 22, 2014

Tutorial Emailmatik, AutoResponder untuk Newbie





Sebagai orang baru dalam dunia pemasaran internet,sememang autoresponder amat penting. Hari ini saya ingin memperkenal kan kepada anda semua mengenai Emailmatik,autoresponder budget tapi berkualiti kepada pembaca blog ini. Sudah 3 tahun berada di pasaran,jumlah semakin hari semakin ramai yang mendaftar dek kerana harganya jauh lebih jimat berbanding servis autoresponder di luar sana.

Untuk mendapat kan tutorial anda semua boleh mendapatkannya pada link dibawah.

Panduan Penuh Emailmatik

Dalam e-book ini anda akan belajar bagaimana untuk menggunakan Emailmatik dari A-Z. Bagaimana mahu bermula,follow up email dan sebagainya.

Sekiranya anda masih belum mendaftar, boleh klik link di bawah

Daftar Disini

Antara sebab utama mengapa Emailmatik harus menjadi pilihan kepada orang untuk bermula ialah anda dapat menggunakannya selama 365 hari tanpa bayaran. Ini bermakna BEBAS risko.

Ini adalah peluang yang baik untuk orang baru dalam dunia pemasaran internet.

Tuesday, March 4, 2014

Flappy Bird aplikasi 50k usd

Baru-baru ini,Flappy telah mendapat liputan di seluruh dunia. Pengasasnya Nguyễn Hà Đông[3][4] (Dong Nguyen) developor dari Vietnam telah membuat pengumunan bahawa dia telah mendapat 50,000 usd sehari hasil daripada bayaran pengiklanan.

Baca cerita penuh disini
http://en.wikipedia.org/wiki/Flappy_Bird

Apa yang ingin saya perkatakan disini adalah sememang bisnes internet adalah bisnes yang sebenar. Saya mula membuat sedikit kajian dan apa yang saya dapat amat lah mengejutkan.

Jom tengok berapa potensi bayaran untuk anda dapat dari internet melalui syarikat-syarikat ternama seperti Google,Apple dan Windows.

Microsoft paling tinggi dan Google merupakan paling sedikit.

Bagaimana pula dengan poket seorang developor setelah mengambil kira jumlah user untuk pelbagai pilihan OS buat masa sekarang ni?

Apa yang boleh disimpulkan disini,developor yang rajin untuk iOS lebih kaya dari ketiga-tiga developer tersebut. Dan saya dapat satu sebab kenapa Steve Job dipuja oleh peminat-peminat teknologi. Tahniah Steve Job kerana membuka ruang untuk developor mendapat bayaran yang setimpal dengan usaha gigih mereka.

Wednesday, February 5, 2014

Contoh FB Ads Yang Super Awesome

Banyak orang bertanya saya bagaimana untuk membuat FB ads yang super awesome.Maksud SuperAwesome disini ialah iklan yang mampu mendapat like,comment dan share terbanyak.

Formula untuk FB Ads

Likes=Duit


Dalam dunia IM yang menggunakan  ruangan Facebook untuk sebagai pentas untuk anda beraksi,anda boleh lihat disini.

+Penggunaan Gambar yang Menarik Prospek Pembeli
+Ayat Surat Jualan yang Menjentik Emosi Pembaca



Timing juga sangat perlu untuk menjadikan ia mudah dibaca Hujung Minggu adalah waktu yang paling sesuai kerana ketembusan internet bagi golongan bekerja amat tinggi.

Sekian Sahaja Dari Saya.

Tuesday, January 21, 2014

Dari ABS | Bisnesman rambang mata....


Dari ABS: Bisnesman rambang mata....


Orang bisnes mempunyai kelebihan di mana dia mudah nampak peluang membuat duit di mana-mana. Hatta, apabila dia tertengok sampah di tepi jalan pun dia nampak peluang buat duit.

+ Dia terpandang perabot jati, lalu dia mahu buat duit dengan perabot jati.

+ Dia terpandang bantal kekabu, dia pun terfikir mahu buat duit dengan menjual bantal kekabu.

+ Dia terpandang ikan keli, dia pun terfikir dia boleh buat duit dengan ikan air tawar.

+ Dia terpandang keropok dan kerepek, dia pun berasa dia boleh buat duit dengan benda-benda itu.

+ Waima dia terpandang isterinya memerah santan, dia pun yakin dia boleh buat bisnes kelapa!

Kelebihan itu jugalah yang boleh menjadi punca kelemahannya dalam bisnes. Dia menjadi terlalu mudah rambang mata, sehingga hilang fokus....

Dari ABS | Mencipta nilai cara salah & cara betul

Dari ABS: Mencipta nilai cara salah & cara betul


Banyak peniaga belum apa-apa dia terus hendak mengeluarkan produk. 

Katakanlah, dia terkenang arwah neneknya padai membuat rempeyek kacang hijau yang rangup dan sedap.

Dia pun mahu mengkomersialkan kerepek rempeyek kacang hijau neneknya itu.

Selepas berfikir hendak membuat rempeyek itu, barulah dia memikirkan kosnya. Dia pun mencongak-congak kos yang akan ditanggung.

Apabila dia sudah tahu kosnya, dia pun berfikir berapa harga dia mahu jual rempeyeknya itu. Kos bagi membuat 100 keping rempeyek itu adalah RM10.

Lalu dia pun berfikir berapa ringgit dia mahu jual bagi 100 keping rempeyek. Kira punya kira, dia mahu menjual 100 rempeyeknya pada harga RM22.

Kemudian, apabila rempeyeknya sudah dibuat, sudah dibungkus, sudah dimasukkan ke dalam kotak yang cantik, barulah dia memikirkan apa dia mahu cakap kepada pembeli supaya mahu membeli rempeyeknya.

Itu adalah cara yang salah mencipta nilai!

.

Cara yang betul mencipta nilai....

Kita kenal pasti dahulu kita hendak menjual kepada siapa.

Katakanlah, kita hendak menjual produk yang diperlukan oleh ibu-ibu muda. Mereka adalah wanita profesional, baru berkahwin, dan sedang hamil.

Kemudian, kita fikirkan apakah nilai-nilai yang sangat dihargai oleh ibu-ibu muda yang bekerja.

Sebagai contoh, mereka sangat sibuk - di pejabat mereka sibuk, di rumah mereka sibuk, hari kerja mereka sibuk, hujung minggu pun mereka sibuk.

Kita pun berfikir, mereka sangat menghargai masa dan tenaga. Mereka perlukan produk ataupun servis yang dapat menjimatkan masa dan tenaga mereka.

Kemudian, kita fikirkan pula pendapatan mereka, gaji mereka, kos hidup mereka, dan dayabeli mereka.

Dari situ baru kita fikirkan:

1. Kos pengeluaran yang sesuai.

2. Harga jualan yang mereka mampu beli.

Lalu kita terfikir hendak menjual baju hamil yang diperbuat daripada bahan tahan lasak, mudah dibasuh, tidak perlu diseterika, dan sesuai dipakai ke pejabat.

Dari ABS | Mengurus Manusia & Mengurus Proses

Dari ABS: Mengurus Manusia & Mengurus Proses


Sesetengah bisnes memang melibatkan staff meng-handle wang tunai, seperti bisnes kedai runcit, kantin sekolah, salun rambut dll.

Banyak peniaga mengeluh apabila staff mereka pecah amanah dengan mencuri wang syarikat. Akibatnya, mereka sangat kecewa, lalu patah semangat lalu tidak mahu meneruskan bisnes itu.

.

Lazimnya kita akan mendengar peniaga Melayu bercakap tentang pentingnya kita mengambil pekerja yang jujur dan amanah sahaja, supaya tidak berlaku kecurian dari dalam.

Apabila kita bercakap tentang sifat jujur dan amanah, itu bermakna kita cuba mengurus risiko kecurian dari dalam dengan memperketatkan proses pemilihan staff.

Sehingga diadakan kriteria-kriteria tambahan seperti solat 5 waktu dan yang seumpama itu.

.

Dalam pengurusan profesional, risiko kecurian dari dalam diuruskan dengan memperketatkan sistem pengurusan proses-proses kerja.

Supaya kecurian dari dalam sukar dilakukan, diadakan SOP-SOP yang ketat yang menetapkan cara-cara yang betul bagaimana proses langkah-demi-langkah wang tunai di-handle oleh pekerja.


Sesetengah bisnes memang melibatkan staff meng-handle wang tunai, seperti bisnes kedai runcit, kantin sekolah, salun rambut dll.

Banyak peniaga mengeluh apabila staff mereka pecah amanah dengan mencuri wang syarikat. Akibatnya, mereka sangat kecewa, lalu patah semangat lalu tidak mahu meneruskan bisnes itu.

.

Lazimnya kita akan mendengar peniaga Melayu bercakap tentang pentingnya kita mengambil pekerja yang jujur dan amanah sahaja, supaya tidak berlaku kecurian dari dalam.

Apabila kita bercakap tentang sifat jujur dan amanah, itu bermakna kita cuba mengurus risiko kecurian dari dalam dengan memperketatkan proses pemilihan staff.

Sehingga diadakan kriteria-kriteria tambahan seperti solat 5 waktu dan yang seumpama itu.

.

Dalam pengurusan profesional, risiko kecurian dari dalam diuruskan dengan memperketatkan sistem pengurusan proses-proses kerja.

Supaya kecurian dari dalam sukar dilakukan, diadakan SOP-SOP yang ketat yang menetapkan cara-cara yang betul bagaimana proses langkah-demi-langkah wang tunai di-handle oleh pekerja.

Dari ABS | Hayat Pasaran Produk

Dari ABS: Hayat Pasaran Produk

Tiap-tiap produk mempunyai hayat pasaran. 

Ada produk yang hayat pasarannya sangat panjang. Nasi lemak, karipap, mihun, ubat nyamuk, adalah contoh-contoh produk yang hayat pasarannya sangat panjang. 

Ada produk yang hayat pasarannya sangat pendek. 

.

Apabila memulakan bisnes, pilih produk yang hayat pasarannya mempunyai ciri-ciri:

+ Pasarannya sangat lama. Sejak dulu sampai sekarang, produk itu masih laku, masih dibeli orang.

+ Saiz pasarannya semakin hari semakin besar, bukan yang semakin menguncup.

Contoh produk yang pasarannya semakin besar adalah pelbagai jenis roti. Generasi muda semakin hari semakin banyak makan gandum, semakin kurang makan beras.

.

Banyak peniaga Melayu menjadi pengeluar produk dengan tidak memikirkan hayat pasaran produk yang dikeluarkan.

Mereka mengeluarkan modal puluhan ribu ringgit, dari wang pinjaman bank, bagi mengeluarkan produk yang pelik-pelik, yang belum pernah dibuat orang, yang pasarannya entah wujud entahkan tidak, dan jika wujud pula entah berapa lama jangka hayatnya.

Hutang bank belum habis dibayar, hartanah yang dicagarkan belum dapat ditebus, produk yang dikeluarkan belum habis dijual semuanya, yang tinggal sudah tidak laku, orang sudah berubah citarasa.