Lebih Artikel

Friday, January 3, 2014

Content Marketing | Tips Meniaga di Facebook


Cara gunakan content marketing di Facebook.

Setiap hari, pelanggan jadi semakin pandai.

Ini berdasarkan pengalaman mereka membeli satu produk demi satu produk, daripada pelbagai jenis kedai di Facebook.

Apabila pelanggan jadi semakin pandai, pelanggan jadi semakin memilih.

Mereka tidak lagi sewenang-wenangnya membeli dengan pemilik bisnes yang mereka tidak kenal.

Content marketing menyelamatkan keadaan ini.

Content marketing adalah strategi membina behaviour buying attitude (BBA) yang positif dalam diri pelanggan

==============
Behaviour Buying Attitude
==============

BBA ini adalah terma yang membantu pelanggan untuk buat keputusan pembelian.

Secara tersirat, pelanggan membeli atas dua sebab:

+ Pelanggan tahu dan percaya produk atau servis itu boleh selesaikan masalah yang mereka hadapi.

+ Pelanggan kenal dan percaya pada siapa penjualnya (siapa pemilik bisnesnya).

Promosi secara terus (direct promotion) tidak lagi berkesan apabila pelanggan sudah pandai.

Apabila kita gunakan strategi content marketing, objektif kita adalah membantu pelanggan menjadi pandai.

==============
Pelanggan Cepat Pandai, Bisnes Cepat Untung
==============

Apabila pelanggan jadi pandai akibat daripada content kita, perkara berikut akan berlaku:

+ Pelanggan 100% percaya pada bisnes kita.

+ Jual apa sahaja produk atau servis, semuanya senang laku keras.

+ Pelanggan akan beritahu rakan-rakan mereka tentang bisnes kita.

Membentuk behaviour buying attitude yang bagus melibatkan jangka masa yang lama. Dalam masa sama, pembentukan ini membawa impak yang positif pada poket bisnes.

Untuk peniaga Facebook, setiap post-post yang kita hasilkan di Facebook adalah bertujuan untuk buat pelanggan kita pandai.

Apabila mereka pandai, tugas kita menjual jadi lebih mudah.

Sebut sahaja kita mahu jual barang A, pelanggan tidak sabar-sabar untuk membeli.

No comments:

Post a Comment