Ramai lagi masih tak tahu tentang Pelaburan Saham. Rata-rata menganggap ia sebagai satu pelaburan yang akan menyebabkan KERUGIAN. Ya benar anda memang akan alami kerugian bila melabur tanpa ILMU. Inilah antara masalah yang dialami oleh pelabur baru dalam pelaburan saham.
- Tak tahu langsung apa itu saham sedangkan ia dah wujud hampir 100 tahun di Malaysia.
- Takut akan alami kerugian besar
- Tak tahu nak mula melabur di kaunter syarikat mana.
- Anggap pelaburan saham memerlukan modal besar hingga puluhan ribu ringgit.
- Anggap pelaburan saham untuk orang kaya sahaja sedangkan ASB & Tabung Haji pun melabur di kaunter-kaunter Bursa Malaysia.
- Takut nak buka akaun saham & anggap ia macam susah jer!
Saya akan bantu anda membuang segala prasangka dan persepsi
negatif tentang pelaburan saham supaya lebih ramai khususnya warga Bumiputera
celik saham. Inilah yang bakal saya dan Sifu Saham saya akan bantu anda.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Di Mana Anda Perlu Melabur
Saham?
Baiklah
di Malaysia ni semua pelaburan saham diuruskan oleh Bursa Malaysia dan dikawal
ketat oleh Suruhanjaya Sekuriti. Terdapat lebih 1000 kaunter didagangkan di
Bursa Malaysia. Untuk pengetahuan anda juga, terdapat 71% kaunter di Bursa
Malaysia ini adalah PATUH SYARIAH dan sebagai umat Islam anda tak perlu risau.
Kita tak
dapat lari dari syarikat-syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia kerana
kebanyakannya memang kita gunakan perkhidmatan mereka dalam kehidupan seharian.
Kenapa kita tak ambil peluang menjadi salah seorang pemegang saham mereka?
Mereka untung kita pun untung juga....
*Broker yang menggunakan Islamic Trading Account hanya membenarkan anda melabur di kaunter-kaunter yang patuh syariah sahaja.
Setakat ini sahaja perkongsian saya. Dan jika anda mahu menukar kehidupan anda supaya lebih baik. Saya sarankan anda mencari mentor yang terbaik untuk memberi tunjuk ajar.
Saranan saya ialah Melalui e-book otai Saham ini Klik disini Panduan Jual Beli Saham
Mari saya tunjukkan beberapa contoh kaunter pelaburan saham yang memberikan keuntungan dalam jangka masa panjang.![]() |
Contoh Saham Syarikat Focal Aims
Berhad (Properties)
|
![]() |
Contoh Saham
Syarikat Takaful Malaysia Berhad (Finance)
|
Wowww!! Lumayan kan buat satu pelaburan jangka panjang
yang beri anda keuntungan serta kaedah yang selamat dalam pelaburan. Anda
niatkan duit yang anda keluarkan untuk disimpan sama seperti instrumen
pelaburan lain cuma pelaburan saham memberi pulangan yang lebih tinggi.
Untuk
membolehkan anda mula melabur anda hanya perlu buka akaun CDS (Central
Depository Systen) dengan mana-mana broker. Apa yang perlu anda bawa ketika nak
buka akaun adalah seperti berikut
·
Salinan Kad Pengenalan
·
Salinan Buku Akaun Simpanan Bank
·
Yuran RM10 sahaja.
* Anda boleh berurusan dengan mana-mana remiser atau broker.
Mereka pasti akan membantu anda.
Anda boleh membuka akaun dengan mana-mana broker saham yang
berdaftar di Malaysia dan saya sangat sarankan anda mendaftar hanya dengan
broker yang menggunakan Islamic Trading Account. Setakat Jun 2013 ada 6 sahaja
broker saham yang menggunakan sistem ini iaitu
·
BIMB Securities Sdn Bhd
·
Affin Investment Bank Berhad
·
Am Investment Bank Berhad
·
CIMB Investment Bank Berhad
·
Jupiter Securities Sdn Bhd
·
Maybank Investment Bank Berhad
*Broker yang menggunakan Islamic Trading Account hanya membenarkan anda melabur di kaunter-kaunter yang patuh syariah sahaja.
Sebelum itu...Betul Ke
Labur Saham Modal Kena Besar?
Saya nak kongsikan
beberapa contoh menarik tentang potensi pelaburan saham. Sebelum tu saya
terangkan bagaimana nak mula melabur dengan membeli unit saham. Ada orang kata
modal kena besar...meh tengok dulu!
Ini adalah sebuah syarikat pemaju hartanah, iaitu FOCAL Aims
Holding Berhad. Beberapa tahun lepas sekitar 2011 harga seunit saham FOCAL
hanya RM0.285 seunit. Mari kita kira jika anda membeli beberapa unit saham
syarikat ini beberapa tahun lepas dan anda biarkan sahaja pelaburan anda pada
syarikat ini.
1 unit = RM0.285
Jika anda beli 1
lot = 1000 unit,
Anda keluarkan
pelaburan RM0.285 x 1000unit
= RM285 sahaja
Jika anda jual
sekarang tahun 2013, harganya dah jadi
1 unit = RM2.50
Maka 1 lot yang anda
keluarkan tadi jadi RM2500.
Profit anda adalah
RM2500 - RM285 = RM2215
Profit lebih 700%
Kalau anda beli 10
lot, Anda kiralah sendiri....
No comments:
Post a Comment