Dari ABS: Hayat Pasaran Produk
Tiap-tiap produk mempunyai hayat pasaran.
Ada produk yang hayat pasarannya sangat panjang. Nasi lemak, karipap, mihun, ubat nyamuk, adalah contoh-contoh produk yang hayat pasarannya sangat panjang.
Ada produk yang hayat pasarannya sangat pendek.
.
Apabila memulakan bisnes, pilih produk yang hayat pasarannya mempunyai ciri-ciri:
+ Pasarannya sangat lama. Sejak dulu sampai sekarang, produk itu masih laku, masih dibeli orang.
+ Saiz pasarannya semakin hari semakin besar, bukan yang semakin menguncup.
Contoh produk yang pasarannya semakin besar adalah pelbagai jenis roti. Generasi muda semakin hari semakin banyak makan gandum, semakin kurang makan beras.
.
Banyak peniaga Melayu menjadi pengeluar produk dengan tidak memikirkan hayat pasaran produk yang dikeluarkan.
Mereka mengeluarkan modal puluhan ribu ringgit, dari wang pinjaman bank, bagi mengeluarkan produk yang pelik-pelik, yang belum pernah dibuat orang, yang pasarannya entah wujud entahkan tidak, dan jika wujud pula entah berapa lama jangka hayatnya.
Hutang bank belum habis dibayar, hartanah yang dicagarkan belum dapat ditebus, produk yang dikeluarkan belum habis dijual semuanya, yang tinggal sudah tidak laku, orang sudah berubah citarasa.

No comments:
Post a Comment