Lebih Artikel

Tuesday, January 21, 2014

Dari ABS | Exit Plan

Dari ABS: Exit Plan

Orang bisnes perlu mempunyai exit plan, yakni rancangan bagaimana kita akan mengeluarkan diri dari bisnes-bisnes kita.

Banyak berlaku di mana orang bisnes sampai tua masih menjalankan bisnesnya kerana tidak ada orang lain dapat diharapkan bagi mengambil alih dan meneruskan bisnesnya itu.

Banyak juga berlaku selepas orang bisnes meninggal, anak-anaknya tidak mahu meneruskan bisnes itu, lalu ditutup begitu sahaja.

Tidak kurang pula kes di mana anak-anaknya bergaduh atas isu-isu pewarisan bisnes yang ditinggalkan oleh arwah ayah mereka.

.

Ada banyak pilihan exit plan:

1. Masukkan syarikat kita ke BSKL.

2. Serahkan bisnes kita kepada anak yang paling berbakat.

3. Jual saham majoriti syarikat kita kepada pihak lain.

4. Jual 100% syarikat kita.

5. Gabungkan syarikat kita dengan syarikat milik pihak lain.

No comments:

Post a Comment