Lebih Artikel

Tuesday, January 21, 2014

Dari ABS | Bisnesman rambang mata....


Dari ABS: Bisnesman rambang mata....


Orang bisnes mempunyai kelebihan di mana dia mudah nampak peluang membuat duit di mana-mana. Hatta, apabila dia tertengok sampah di tepi jalan pun dia nampak peluang buat duit.

+ Dia terpandang perabot jati, lalu dia mahu buat duit dengan perabot jati.

+ Dia terpandang bantal kekabu, dia pun terfikir mahu buat duit dengan menjual bantal kekabu.

+ Dia terpandang ikan keli, dia pun terfikir dia boleh buat duit dengan ikan air tawar.

+ Dia terpandang keropok dan kerepek, dia pun berasa dia boleh buat duit dengan benda-benda itu.

+ Waima dia terpandang isterinya memerah santan, dia pun yakin dia boleh buat bisnes kelapa!

Kelebihan itu jugalah yang boleh menjadi punca kelemahannya dalam bisnes. Dia menjadi terlalu mudah rambang mata, sehingga hilang fokus....

No comments:

Post a Comment