5 Baris Ayat yang pertama (termasuk headline) – PERSOALAN
- Sangat penting disebabkan saya guna iklan NEWSFEED, jadi 5 baris ini yang akan menentukan mereka untuk baca seterusnya.. jadi saya akan masukkan unsur PERSOALAN sb itu saya masukkan tanda soal, buatkan mereka tertanya-tanya.. kemudian pada masa yg sama saya masukkan juga unsur penyelesaian tapi penyelesaian yang membuatkan tertanya-tanya..
MASALAH
- Untuk baris seterusnya Saya masukkan pula unsur-unsur masalah yang mereka sedang hadapi sekarang, ini membuatkan seolah-olah saya memahami mereka.
PENYELESAIAN
- Kemudian saya bagi tahu ada berita baik, masalah boleh selesai dengan produk sekian sekian… dalam baris ini bagi tahu sekali kelebihan produk, masukkan sekali testimoni, sama ada dalam bentuk ayat ataupun link url ke album
TAWARAN
- Berikan mereka tawaran istimewa, seperti diskaun, harga murah, tawaran terhad & sebagainya.. jangan lupa dibahagian ini anda kena masukkan link affiliate sertakan sekali ayat call to action, seperti yang anda perhatikan saya memang sengaja mengulanginya sebanyk 3 kali. supaya mereka lebih cenderung untuk KLIK!
HILANGKAN KERAGUAN
Sebagai manusia biasa memang tak lari dari sifat was-was, takut ditipu , kurang yakin dan sebagainya, untuk mengatasi masalah ini, Beritahu sahaja ada JAMINAN WANG DIKEMBALIKAN jika tak puas hati. Ini yang biasa saya gunakan. Tapi pastikan pemilik produk yang ada promosikan memang ada sediakan jaminan ini.
Ok cukup lah bahagian ayat iklan. Bagi saya asas tulis ayat iklan ini dah cukup namun jika anda ingin belajar lebih banyak ayat-ayat yang lebih power & lebih mudah convert dapatkan pakej pukau pelanggan yang saya sebutkan tadi. sekarang langkah seterusnya pula ialah IKLAN kan post anda !
No comments:
Post a Comment